entry kali ni nak citer panjang2. bole tak? kalau tak boleh pun saya buat gak.
BASIKAL IZZAH
hari sabtu hari tu, lepas pindah2 opis, kami pegi mencari basikal izzah. dulu opah dia ada bagi duit sikit sbb ada basikal murah kat carefour. jadi, lepas pindah tu kami terus ke carefour midvalley. hampeh betul basikal2 kat situ. semuanya tayar gelong, pastu rantai basikal tercabut la..kotor la. patut la ko jual murah. tp ada yg harga mahal pun sama mcm tu gak. nak tak nak kami balik ke area umah kami cari kedai basikal. nasib baik la kat satu kedai basikal kat wangsa melawati tu ada basikal yg amat cute giler. saya masuk2 jer kedai tu terus ternampak & tokei dia terus jer angkat kasi tgk.
cute tak you all? saya rasa mmg cute sgt dgn kaler pink tu. saya pulak yg teramat suka. harga sebenar RM 115 tapi dia bagi RM 100 jer. mmg saya rasa amat puas hati sgt dgn basikal tu berbanding dgn basikal yg jual kat carefour tu. 
INI LA BASIKAL SAYA!!!!
yang ni lak abang sayang tu nyaris2 jer nak beli basikal dia pulak. tp bapak punya mahal. RM 1000 dari proton. tp difikir balik...tak per la..nanti dulu ler. 
sebelum balik nak kena test basikal dulu. ada ke izzah nak bawak kat jalan raya depan kedai tu...tak sabar betul tu.
ABG JAFNI BALIK KE KL KEJAP.
lepas dari beli basikal tu, abg jafni (abg sulung saya) ada sms. dia kata dia ada kat KL. tp dia sorang sbb ada keje. dia dlm perjalanan ke rumah mak. esoknya dia dah kena balik ke sibu balik. jadi kami pun berjanji la berjumpa. bawak dia & mak ayah pi mkn kat alpha angle. sbnrnya saya yg teringin nak mkn rojak sotong goreng kat food court sana. 
abg jafni
mak ayah
abg sayang & abg jafni masih dok cerita. subjek2 cerita mereka saya tak berapa minat sgt. pasal tentera.
tapi saya dah ckp awal2 kat abang sayang & mak ayah semua yg tak leh lama2 sbb nak tgk akademi nasyid. jahat kan saya. tapi ada gak org yg tak senang betul masa mkn. asyik dok ckp nak beli kete tolak baby doll dia jer. izzah la tu. suruh mkn tak mau nyer dia mkn. geram jer saya. selagi tak dibawak beli apa dia nak mmg mcm tu la dia.
KETE TOLAK BABY DOLL
mmg sabar jer saya masa mkn kat food court alpha angle hari tu. nasib baik la rojak sotong goreng mamak tu sedap giler. izzah tak abis2 dok ngomel ajak pegi beli kete tolak baby doll dia. actually, minggu lepas dia dah nampak mainan tu. satu set, ada baby doll, kete tolak, botol susu lagi apa ntah. tp mahal giler. satu set tu RM75. last2 abg sayang kata beli kete tolak jer sbb baby boll dah ada kat umah. maka, kami pun mencari la kete tolak jer... masa tu ada satuuuuuuuu jer kete tolak tu. itu pun utk baby doll kembar. amik jer la drpd tak der. asalkan izzah senyap. lg la dia suka..sbb mmg baby doll dia ada dua. 
tgk tu...muka puas hati. bagus la tu, satu baby dia botak satu baby ada rambut. so, konon2nya kembar. jadi boleh la bezakan mana girl mana boy.
AKADEMI NASYID.
tgh sebok si izzah melayan baby doll dia yg kembar tu, kami layan akademi nasyid. mmg nak sgt tgk sbb minggu lepas kami tgk time peserta terakhir. akademi nasyid ni tak la sehebat akademi fantasia. tp kira boleh la. ada sorang peserta perempuan tu sedap sgt suara dia. tp saya rasa dia dah berumur sikit. tp ada sorang peserta tu mmg amat saya kagum dgn suara dia. sedappppppppppp sgt...dan dia pun istimewa.

nama dia azhan atan. minggu lepas pun saya sempat tgk dia nyanyi. abang sayang pun kata suara dia sedap sgt. tp dia mcm buta2 celik gitu. kesian sgt tgk dia masa dia nak keluar untuk nyanyi kat pentas. ada orang pimpin. pastu dia senyum jer masa nyanyi. tp suara dia mmg sedappppp...tak terkata la sedapnya suara dia tu. mmg hati tersentuh la tgk dia nyanyi. sampai farihin (juri) pun tak terkata nak bagi komen. last2 yg terkeluar mlm tu ialah kumpulan soffeiya. bukan nak ckp suara saya sedap atau apa kan...tp mmg tak sedap suara kumpulan soffeiya tu. cantik tu cantik la mereka ni...tp dah tak tak der rezeki mereka.
haaaaaaaaa....abis pun citer saya yg panjang ni. ker tak panjang.? tp kira boleh la kan you all. semuanya terjadi dlm satu hari. jap lagi sambung citer utk keesokkan hari nya lak..tungguuuuuu... ada keje nak buat.
Monday, June 30
nak citer panjang2
story telling by ratna at 6/30/2008 10:07:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 hello hello:
hai.. ratna.. hbu hu hu tatauplak dah ada blog.. izzah nafisah buleh race ngan matiam nafeesa kat taman melawati naik basikal.. tapi memang betul lah.. beli beskal kat carrefour mmg cepat rosak... basikal feesa selalu sangat rantai tercabut... hu hu hu
alamak salah eja anak sendiri.. mariam la...
azura: nak race? bole..bole..tp for sure la feesa yg menang sbb dia besar sikit dr izzah.. mmg saya nasihatkan kpd semua ibu2 mak2 bpk2 jgn la beli basikal kat carefour. buang duit jer..baik pi kedai basikal yg betul2 punya.
Post a Comment