dah lama aku tak update aku punya blog ni. tak der masa nak taip. tp sbnrnya, ada citer sedih gak ngapa aku tak boleh nak update blog aku.
tension..tension..tension. itu jawapan aku. tp bukan hal peribadi aku. ini hal keje. aku mmg tension giler dgn keje aku skrg ni. dan aku pasti, bukan aku sorang jer yg tension. kawan2 satu opis aku pun semua tension.
cakap pasal opis ni, ntah ler. aku rasa mcm nak tukar tempat keje jer. tp husband aku tak kasi aku keluar dari tempat aku keje ni. sbb tempat keje aku ni paling convenient untuk aku bekerja. terletak di tgh bandaraya KL, transport awam senang, makan senang dan menghiburkan jugak kadang2. nak tukar di dalam bahagian jer, tak der pulak kekosongan PA kat sini. jadi, aku kena bersabar.
ngapa aku kata tension:
1. orang yg aku panggil bos, tak serupa bos. susah aku nak describe kat dlm blog ni cam ner bos aku ni. seorang yg pemarah, tak der budi bahasa (sbb dia suka kata orang lembab, tak cekap, giler, orang tak sembahyang, mampus. elo..aku tak dibesarkan dlm suasana bahasa2 cam gitu.) bos aku ni pun dia tak peramah, susah nak senyum kat orang, nak cakap baik2 pun kadang2 jer, suka paksa orang, ceritakan keburukan kakitangannya kat orang lain, kata kakitangan dia tak bagi kejesama kat dia (elo, kalau orang tak kasi kejesama kat dia, dia takkan boleh survive). hish...susah nak ceritakan tentang bos aku ni.
2. Disebabkan bos aku mcm ni, aku kadang2 tak boleh nak bangkang, tak boleh nak melawan, tak boleh nak betulkan dia. pendek kata, aku ni diam jer. jadi, apa yg membuatkan aku tension ialah bila sesuatu benda yang kita rasa tak suka, kita tak boleh luahkan. kita kena hari2 makan jer apa yg dia buat. kalau kita makan byk pun hari2, boleh dtg penyakitkan? jd, mmg dah jadi penyakit kat aku. penyakit tension.
3. bos aku selalu suruh aku balik lambat. tp dia tak faham, aku ada anak suami yang perlu ditengok makan minum diaorang. aku tak mau terabai rumahtangga aku. aku tak nak suami aku bosan dengan aku kalau selalu balik lambat. aku tak mau izzah tak dapat kasih sayang secukupnya dari aku. dah ler izzah tinggal kat umah mak aku masa aku keje. yang pentingnya, aku tak mau husband aku lari dgn anak aku. aku sayangkan diaorang. tak cukup hanya suruh balik lambat masa hari isnin - jumaat, tp hujung minggu pun nak suruh keje. kalau aku tak boleh nak OT/balik lambat, dia suruh orang lain dok tempat aku dan buat keje. aku pun serba salah, takut orang tu kata aku ni nyusahkan dia. lagi satu, nama aku mesti buruk. lately, dia selalu perli2 kata setahu dia kalau bos tak balik selalunya PA pun tak balik. tp kalau dia tak balik sampai pukul 10.30 malam, takkan aku pun tak balik sampai pukul 10.30 malam. aku ckp cam ni sbb selalu aku tgk punch card dia, dia balik dlm pukul 10-11 mlm gitu. tak tau ler apa dia buat.
4. skrg ni, aku dah mula melawan sikit2 bila aku dah tak puas hati. dah setahun aku hanya anggukkan kepala aku kalau bos aku kata apa jer. tp kali ni, tahun baru, aku mula sound sikit2. kalau bos aku kata, tahun baru ni dia nak lebih tegas dgn kakitangan dia, aku lak tahun baru ni nak nyedarkan dia yg aku ni pun boleh melawan. aku pun nak tegas dgn dia.
5. bukan setakat bos jer aku tension. ada la 2-3 orang kat opis aku ni ha yg kaki bodek, kaki talam dua muka, kaki spy. kaki bodek tu yg paling aku tak suka sekali. rasa mcm nak penampar, pelempang, tendang bontot dia, kiranya aku nak lunyai2 dia. tak tahan aku tgk dia mengipas bos yg tak serupa bos tu. padahal, dialah dulu yang dok kutuk bos itu ini. alih2 tgk skrg ni dok kipas/aircond bos tu. mcm dah ludah jilat balik ler. yang kaki talam dua muka lak, hmmmmm depan kita amboi, baik, dok kutukk ler bos tu gitu gini, tp pi bercakap kat bos kita ni cam ner cam ner.... sama la gak si kaki spy tu, bila kitaorang ni yg dok selalu ckp pasal bos, mula ler dia dok jalan sana sini...dok ke hulu ke hilir. bosan la aku ngan diaorang ni.
ntah la yer... mmg rasa terseksa menghadapi semua ni. yang boleh aku buat, doa, semayang, ngaji dan nangis. dah byk kali dah aku rasa aku nangis & disaksikan oleh orang2 opis ni. aku pun dah byk kali tgk org2 opis ni mengalirkan air mata. mmg kami terseksa. aku akan berdoa dan mintak pd Allah supaya aku tak jadi mcm orang2 yg aku tak suka ni.

