Saturday, March 10, 2012

Bz days

Since last week saya agak kurang masa utk update blog. Kalau tak tetiap hari mesti ada entry kan...

Ada keje sikit dr last week. Keje perwakilan..keje rumah..then sejak rabu lps 3 hari berturut2 ada je hal waktu mlm. Buat farewell member (jiman &tina)  nak balik for good, pastu esoknya pegi airport hantar diaorang..pastu hari seterusnya buat dinner utk bos my suami dr UM malaysia. 



itu jer la gambar2nya.. ada gambar kami sekeluarga dgn jiman & tina..tp dlm hp my suami.. ada gambar kami sefamily dgn bos my suami dinner kat umah kami..tp dlm hp my suami.. malas la pulak nak pi amik...transfer2.. tgh masa pun tak berapa nak ada ni kan..so upload mana yg sempat dan cepat jer..

ok.. ni curi2 masa update blog sbb rasanya saya maybe tak dpt update blog dlm masa 2 minggu ni. Family my suami dtg dr msia so byk plan dah diatur.

Before saya bcuti panjang dr blogging ni..saya sempat buat video ni. Video kepulangan jiman & tina ke malaysia for good pd 8 mac 2012. Oohhh we gonna miss u guys!

Yg benar
Cuti

Tuesday, March 06, 2012

Build a bear workshop

Ini pun dah dituntut oleh anak2ku lama dah. Asalkan dpt gaji jer diaorg tanya. Ok..bukan umi mu ni tak mau beli. Tp abahmu selalu kata anak2 patung soft toys belambak ada dlm bilik. Ada yg org bagi & ada yg kami beli sendiri. Mana nak letak lg? (nnt saya buat satu entry psl soft toys diaorg ni). 2nd reason pulak..dah semesti harganya kan. Paling murah adalah £9. Itu pun bear yg kurang menarik designnya. Plain ajer. Anak2 pulak ada dua. Dua2 gegirl. Jd takkan la nak beli satu je kan. Mesti beli utk dedua sekali. Pastu bebudak ni pun demand gak kan..mesti nak yg cantik2 & saya pun kalau bole biar lah diaorg yg pilih sendiri. Biar diaorg rasa luas hati.



Tapi..hari tu ada evening parents kat sekolah izzah. Mcm amik report card anak2 kalau kat msia. Alhamdulillah...touching gak la dengar apa cikgu ckp psl izzah. Improvement membanggakan. So..terfikir nak me'reward'kn something for izzah. Kebetulan mmg hari tu anak2 ada dpt rezeki ££ from someone. Mmg saya x usik langsung duit tu. So saya fikir guna duit tu utk mencipta bear tu. Tp tak bgtau pun diaorg sampai la kat tempatnya.

Korang happy tak kalau tgk anak2 happy sbb dpt surprise gitu??

Dah jom kita tgk mcm mana prosesnya nak build a bear kat workshop ni.

Mula2 kita choose bear mana yang kita nak.. paling murah £9.. paling mahal £20 satu.. anak2 saya pilih yg di tengah2 harganya.. ha ha ha.. £15 punya. tp mmg byk pilihan la..

tu...patung hello kitty yg paling kiri ni adalah yg paling mahal.. £20 tu.. awal2 lg aku dah sound anak2 yg itu tak bole.



lepas tu kita pegi la pulak utk pilih sound apa kita nak masukkan dlm bear kita tu.. kan ada soft toy yang kita bole tekan dia pastu ada bunyik2 keluar kan.. haaa yg ini kalau nak masukkan sound dia kena charge £2.50

aiyoooo... tuan rumah kalau pakai jaket tu mesti tengkuk tak nampak.. nyampah..

dah lepas pilih2 sound tu.. kita pegi lak kat tempat utk masukkan isi perut.. isi badan bear tu.. bg makan sikit kasi gemok. sebelum nak masukkan isi perut dia.. kena amik love dlm kotak tu dulu.. kena make a wish dulu utk bear tu.. saya tanya gak kat izzah.. apa wish dia.. dia wish agak menakutkan gak.. i wish my bear can sing and dance.. he he he.. dah lepas buat wish nnt salesgirl tu masukkan love tu dlm badan bear tu.. kira wish tu dah tertanam dlm badan la..

kena buat wish kat love ni la dulu..

tu saya tgh memujuk laila utk pegang love dia.. buat wish dia. tp dia tak mau..


tapi nasib baik dia nak jugak tekan paddle tu utk masukkan bulu2 dlm bdn bear tu.










dah lepas tu kena mandikan la konon bear tu.. kena bersihkan lebihan bulu2 bear tu.. memacam kan.. bebudak suka la kalau mcm gitu.. mcm real2 jer mainnya..


lepas tu pilih lah baju, kasut, spender, cermin mata ker... apa ker. utk dress up bear tu. tapi yg ini kami skip.. baju2.. kasut2.. next month pulak beli okay sbb yg ini charge dia kira lain.. sama gak mcm button bunyi sound tu.

tapi baju2 nya cantik...comel2... tak per..tak per.. next time okay anak2..

dah lepas tu.. kita registerkan dia utk dapatkan birth certificate pulak.. surat beranak lerrr.. haaa jgn memain.. bear yg tak bergerak ni pun nak kena ada surat beranak tau.. ha ha ha. mmg dia buat betul2 mcm betul! yang kelakarnya.. bila tanya kat izzah apa nama bear dia.. dia jawab nama bear dia "sarah".. bila tanya kat si laila pulak.. apa nama bear? dia jawab nama bear dia pun "sarah" gak.. ye la.. dia kecik lagi kan.. mana tau apa2.. tp kami tukarkan nama bear dia jadi "zara"..

kena buat pakai pc kat situ. nnt dia print kat kaunter birth certificate tu..


tu la dia.. sarah & zara.. aduhai anak2.. asalkan korang happy.

last sekali.. apa lagi. bayar laaaaa.. masa bayar ni la kita dpt member kad, dpt birth certificate dapat free gift.. semua sekali kena 35 pound.


lepas tu bear2 tak bernyawa tp ada surat beranak tu dimasukkan dlm kotak besar tu. laila teruja giler kan dpt bear tu... berat pun berat la. dia bawak gak sampai tersenget2 badan dia.

dpn kedai.

ni la dia bear2 tu dgn surat2 beranak diaorg. siap ada berat berapa.. kaler bulu apa.. amboiiii...
ini izzah punya.

laila punya..


diaorang happy saya pun happy benda yg diidam2kan dari dulu dah pun diaorang dpt. izzah dah mula bz tgk website build a bear ni... nak tgk baju2 utk bear dia. nasib baik gak tak mahal sgt.. 4-5pound dah bole dpt dah..tp tak per...still kena tunggu next month gak kalau nak beli..

alhamdulillah...

yang benar
birth certificate

Monday, March 05, 2012

Crepe maker

Dah lama tanam azam dlm hati nak beli benda ni. Asyik2 tangguh jer nak beli. Tapi lps tgk dlm ebay ada yg jual dgn harga yg lbh murah...murah sgt termasuk caj delivery. So apa lagi..beli la.
yg bestnya kalau beli online kat sini ialah.. beli hari ni.. lusa ko dpt.. kalau pepagi lagi ko buat order.. esok dah dpt..

tadaaaaa..... dah mcm ghupa capati lak gambar crepe kat kotak tu..

ini semua..termasuk delivery.. kalau ditukar ke duit malaysia tak sampai RM150 harganya..

hasilnya... tak per.. ini first attempt kan.. next time harus bagi crepes lagi cantik!

Dapat parcel ni tghari. Mlm tu terus try guna. Kelakar betul laaa.. Ye la saya mana tau sgt teknik2 cara nak bg dia bulat. So main taram ajer la buat. Jom tgk..


Xpe, nnt saya google kat youtube mcm mana nak bg dia bulat cantik punya. Lama2 nnt terror la tu kannnn....

Yang benar
Murah!

Saturday, March 03, 2012

Take care intan

Masih ingat pada intan? Student kita yang masuk icu hari tu? Alhamdulillah intan sudah sihat namun byk juga ubat yg perlu dia makan slps keluar hospital. Tak kisah la byk mana ubat tu..yg penting skrg intan dah ok..dah keluar hospital, dah bile pegi kelas dan tetap sprt intan yg dulu.

Intan dpt keluar hospital pd 23 february yg lps. Dia call kami dan kami dpt dengar dia gelak yg mcm dulu. Haaa dah gelak mcm tu maknanya dah sihat la tu.

27hb pulak, isnin lps parents intan pulang ke tanah air malaysia semula selepas 19 hari menjaga intan di sini. Kami sama2 hantar parents intan di airport. Dan waktu itu la saya first time dpt bercakap secara face to face dgn intan sejak dia jatuh sakit. Waktu itu jugak aku jd reporter sukarela tanya itu ini kat intan. Ye laaaa nak gak tau cerita2 dr tuan punya badan kan. Selalu asyik org lain je citer psl dia kat ctu.

me & intan..

mendengar cerita intan..

Touching gak masa intan nak berpisah dgn parents dia. Intan ni seorg yg amat kelakar...suka bercakap..tp bila saat berpisah tu..mmg nampak rasa sedih di wajah dia. Merah2 muka dia. Abis mak & ayahnya dicium. Kalau aku pun sedih..jauh2 mak ayah dtg nak jaga kita yg sedang sakit kuat di perantauan ni.


Semoga terus dan terus sihat intan. Akak mcm biasa akan terus doakan yg terbaik utk awak.

jom tgk gambar2 yg lain lagi..
izzah, intan & arah

kami semua dgn mak intan..

budak ni kalau dah dilayan mmg payah



ada sorang budak tu.. kat rumah semangat giler kata nak bg bunga kat intan.. dah lama tak jumpa kan..

tapi bila otw ke airport.. lebur tido sudahhhh.. sampai kat airport kejutkan dia.. tp dia meragam dan biarkan dia tido balik.  nyenyak giler ok dia tido kat airport yg hingar bingar tu... itu pasal gambar izzah yg banyak..dah adiknya tido kan..


semoga cepat sembuh 100% ya kakak intan..
Yg benar
Touching